Sanitasi Makanan

Pencemaran Makanan

  1. Makanan biasanya dicemari oleh mikroorganisma atau bahan kimia.
  2. Mikroorganisma meliputi bakteria, yis, kulat, alga, protozoa, dan lain-lain tetapi yang paling biasa adalah bakteria,yis dan kulat.
  3. Mikroorganisma berfungsi melalui pelbagai enzim yang dihasilkannya. Perubahan dalam makanan disebabkan oleh tindakan enzim-enzim itu dan menyebabkan mutu kebanyakkan makanan berkurangan.
  4. Kerosakkan makanan boleh dikenali dengan cara melihat,bau, merasa dan menyentuh makanan itu.
  5. Kerap kali tanda pertumbuhan mikroorganisma mudah dilihat.
  6. Contohnya :
  • pada sosej dan daging masak yg disejukkan – terasa lendir, jalinan kulat seperti kapas, warna kehijau-hijauan.
  • pada minuman – kelihatan keruh dan berdadih, bau yang busuk.
  • pada susu rosak – terasa asid dan pahit
  • pada buah – oren – kehilangan manisnya
7. Contoh mikroorganisma yg digunakan dalam pemprosesan makanan adalah seperti berikut :
  • Bakteria – Laktoacillus, bulgaricus, streptococcus, thermophilus (menghasilkan yogurt)
  • Kulat – Penicillium roquefort, penicillium camembert (mematangkan keju)
  • Yis – Saccharomyces cerevisiae ( menaikkan doh)
8. Keadaan yang sesuai utk pembiakkan mikroorganisma adalah :
  • suhu yang sesuai
  • kehadiran lembapan
  • keasidan medium
  • oksigen
9. Bakteria – memainkan peranan utama dalam kerosakkan daging, ikan, ayam dan hasil tenusu yang mempunyai pH yg hampir neutral. Bakteria yang menyebabkan keracunan makanan adalah :
Contoh bentu-bentuk bakteria
10. Kulat – organisma multisel, berbeza daripada bakteria dan yis yang jenis satu sel. Kulat tumbuh di atas makanan seperti roti, keju, dan buah-buahan. Kulat memerlukan keadaan lembab, suhu suam, dan oksigen utk membiak. Spora kulat disebarkan oleh udara dan dibawa menghinggapi makanan lain yang sesuai untuknya membiak.
Kulat pada roti
Bentuk Kulat Mukor
11.  Yis – terdapat dalam udara, tanah, dan permukaan buah-buahan. Boleh tumbuh baik dalam kepekatan gula yang boleh  merencatkan tumbesaran bakteria. Yis boleh membiak tanpa oksigen dan dimatikan pada suhu berhampiran 100’c.
Contoh bentuk yis. Yis adalah berbentuk sfera, silinder atau segi tiga.
Pastikan makanan terhidang dilindungi dari tercemar oleh serangga, dengan cara menutup makanan dengan helaian plastik khas untuk makanan, kepingan aluminium, penutup , makanan dan kain maslin. Cuci makanan dengan bersih dan hindar dari sebarang kekotoran pada makanan.
by : miemieliman ~~(@

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s