Pemilihan Makanan

PEMILIHAN MAKANAN

Makanan Mudah

  1. Makanan mudah merupakan makanan yang telah disediakan untuk terus dihidang atau yang memerlukan penyediaan yang minimum sahaja.
  2. Faktor-faktor yang menyebab makanan mudah digemari ramai ialah :

–          menjimatkan masa, kemajuan teknologi makanan, pengaruh iklan, ramai yang bekerja dan tiada masa untuk menyediakan hidangan dan mempunyai peti sejuk untuk simpan makanan mudah.

Kebaikan makanan mudah ialah :

–          cepat dan mudah untuk disediakan, mudah untuk disimpan terutamanya makanan kering, boleh disimpan untuk masa-masa kecemasan, mudah didapati dikedai dan mempunyai pelbagai pilihan, kurang pembaziran berlaku dan cara penyediaannya yang mudah.

Keburukan makanan mudah ialah :

–          mahal berbanding makanan segar, porsi yang dipekkan tidak sesuai, semasa pemprosesan nutrient akan hilang, dan makanan mungkin akan diperisakan dengan bahan yang tidak sesuai dan masin atau manis yang berlebihan tidak sesuai dengan pengguna.

Klasifikasi makanan mudah :

–          makanan mudah boleh dikumpulkan mengikut tahap pemprosesannya iaitu;

– Makanan separa proses

– Makanan sedia utk dimasak

– Makanan sedia masak utk dipanaskan

– Makanan sedia masak utk disajikan

Makanan Separa Proses

–          Makanan separa proses : bahan makanan mentah yang telah dibersihkan dan disediakan untuk digunakan. Contohnya, ayam – telah dibuang bulunya dan dibersihkan bahagian dalam serta ofalnya. Ikan – sudah disiang dan dibersihkan. Ikan saiz besar dibelah menjadi kepingan yang sesuai utk kegunaan keluarga. Udang – telah dikupas dan dipekkan segar atan didinginbekukan. Sayuran – telah dibersihkan tanah yang melekat dan dipek.

Makanan Sedia Untuk Dimasak

–          Makanan sedia utk dimasak adalah bahan makanan yg telah diproses dengan lebih lanjut dan boleh dimasak terus.

–          Makanan ini telah melalui proses-proses seperti berikut :

–          – dipotong menjadi saiz kecil seperti ayam, ikan, dan sebagainya.

–          – dipek mengikut  porsi cukup dimakan mungkin untuk dua atau empat orang.

–          – dipek mengikut resepi.

–          – makanan yang diawet dan diperap, disadur dengan serbuk roti seperti fillet ikan  dan nugget ayam.

–          – makanan yang disterilkan seperti makanan bertin atau berkaleng. Makanan itu menjalani proses haba yang mencukupi.

–          – makanan yang dihidratkan dan dicincang seperti sayuran lobak asin, mee kering, udang kering, dan bihoon

–          – makanan yang dibancuh dan dicanai seperti pastri paf.


Makanan Sedia Masak Untuk Dipanaskan

–          Makanan sudah dimasak seperti cara menggoreng, merebus, membakar, atau mengukus. Contohnya piza, kari dal, sardin, kacang panggang dan pau. Mee segara juga tidak perlu masak atas api hanya perlu celur dengan air panas mendidih.

Makanan Sedia Masak Untuk Disaji

–          Makanan ini telah disediakan melalui proses yg lengkap dan boleh dimakan tanpa perlu dimasak atau dipanaskan. Contohnya, biskut, susu, kacang, kaya dan lain-lain.

Tip penting : Makanan berkaleng memudahkan kerja penyediaan kerana tidak perlu banyak kemahiran memasak, mudah diperolehi dan tahan disimpan lama.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s