Pengurusan Tempat Tinggal

PENGURUSAN TEMPAT KEDIAMAN

  1. 1.      Pengaruh teknologi terhadap pengurusan tempat tinggal.
  • Penggunaan masa – adalah terhad dan perlu dirancang dengan baik supaya semua aktiviti harian dapat dilakukan dengan teratur dan berkesan. Selain itu, alatan teknologi dalam pengurusan tugas harian yang membantu suri rumah contohnya seperti menggunakan alat pengisar, mesin basuh automatik dan lain-lain.
  • Penggunaan tenaga – alatan teknologi yang digunakan dirumah menggunakan tenaga elektrik untuk menggantikan tenaga manusia. Dengan menggunakan alatan elektrik banyak kerja yang memerlukan tenaga dapat diringankan, misalnya mencuci pakaian dan kerja-kerja yang berat dan rumit seperti memotong rumput dapat dijalankan dengan mudah, menjimatkan masa dan tenaga.
  • Perbelanjaan – penggunaan alatan teknologi akan meningkatkan perbelanjaan kelaurga sama ada kos pembelian atau kos penyelenggaraan alatan tersebut. Penggunaan alatan menjimatkan masa juga boleh mengurangkan beberapa perbelanjaan lain seperti kos upah bagi dobi dan pembersihan rumah dan juga boleh membeli bahan makanan segar secara pukal dengan harga yang murah dan disimpan dalam peti sejuk.
  • Keselamatan – Penggunaan alatan teknologi memerlukan banyak peraturan keselamatan kerana melibatkan tenaga elektrik iaitu mendapatkan kelulusan piawaian keselamatan SIRIM, melakukan pendawaian yang betul dan selamat dan pastikan tiada kebocoran.
  • Kualiti hidup – Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kualiti hidup ahli keluarga. Alatan teknologi kediaman dapat membantu keluarga  dalam beberapa perkara iaitu menjimatkan masa dan masa yang terluang boleh ditumpukan kepada anak-anak dan dapat menambahkan mesra bersama keluarga. selain itu dapat melakukan urusan kerja rumah dengan cepat, mudah, dan selamat serta ahli keluarga dapat berkomunikasi dengan mudah dengan adanya telefon dan sistem pengangkutan yang moden.
  • Susun atur – Susun atur peralatan perabot rumah adalah penting kerana boleh mempengaruhi keselesaan tempat kediaman. Perkembangan teknologi banyak menghasilkan alatan perabot rumah yang ringkas, canggih, mudah diatur dan kemas seperti pembakar roti, microwave yang ringkas dan keluasan dapur yang kecil dapat menjimatkan ruang. Sesetengah perabot boleh diubah bentuk seperti dilipat atau ditinggalkan semula supaya mudah disimpan.

  1. 2.      Perancangan ruang.
  • Prinsip asas merancang tempat kediaman – keperluan fizikal dan psikologi keluarga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli keluarga, nilai estetik ahli keluarga dan cara hidup ahli keluarga. Tempat kediaman dibahagikan kepada ruang-ruang mengikut fungsi aktiviti yang dijalankan iaitu ruang social, ruang kerja dan ruang persendirian.
  • Ruang sosial – berkomunikasi dengan ahli keluarga, tetamu secara formal atau tidak formal. (Ruang tamu, ruang makan, bilik istirehat)
  • Ruang kerja – menjalakan aktiviti pengurusan tempat kediaman. (Ruang dapur, bilik stor)
  • Ruang persendirian – melakukan aktiviti bersendirian sperti tidur, mandi dan lain-lain. ( Bilik tidur, bilik mandi dan tandas)

by: miemieliman ~~

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s