Belanjawan Keluarga

BELANJAWAN KELUARGA

Definisi : Satu Perancangan Bersistem dalam menggunakan sumber wang yang ada untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan dan dikehendaki oleh keluarga.

Kepentingan / Tujuan :

  • Satu garisan panduan untuk membantu individu membuat keputusan tentang jumlah wang yang akan dibelanjakan dan yang akan disimpan.
  • Mengenal pasti sumber pendapatan keluarga dan seterusnya belanjakan sumber tersebut mengikut keperluan dan kehendak keluarga.
  • Berbelanja selaras dengan pendapatan dengan jumlah pendapatan.
  • Dengan belanjawan yang sistematik , pembaziran dapat dikurangkan dan mengelakkan daripada berhutang.

Merancang mengikut kitaran hidup :

1. Permulaan

–           Keluarga terdiri daripada suami isteri baru berkahwin.

–          Suami isteri mengenalpasti matlamat dan jangka panjang dan jangka pendek.

–          Pengurusan perbelanjaan lebih mudah kerana ahli keluarga belum bertambah tetapi perbelanjaan terhad kerana baru bekerja.

2. Perkembangan

–          Bilangan keluarga bertambah dan perbelanjaan akan bertambah.

–          Banyak keperluan untuk membeli makanan, pakaian, rumah, dan persekolahan anak-anak.

–          Bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai seringkali mengalami kesulitan dalam kewangan maka belanjawan hendaklah lebih teliti.

3. Pengecilan

–          Anak-anak mula keluar rumah untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau berkahwin.

–          Pendapatan keluarga berkurangan kerana pasangan telah bersara dan punca pendapatan biasanya daripada pencen dan pemberian anak-anak.

–          Keluarga telah menyimpan wang dan mengumpul harta tidak mengalami masalah kewangan.

Langkah-langkah merancang :

–          tentukan matlamat.

–          tentukan jumlah pendapatan.

–          anggaran kos.

–          imbangan pendapatan dan perbelanjaan.

–          membuat penilaian.

Faktor-faktor yang mempengaruhi :

–          pendapatan keluarga.

–          umur dan jantina.

–          saiz.

–          gaya hidup.

–          aspirasi.

–          ekonomi negara.

–          perubahan sosial.

 Sumber kewangan boleh diperolehi daripada :

Merancang perbelanjaan bererti memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk perbelanjaan dalam satu jangka masa tertentu.



 by : miemieliman ~~

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s